ISU: ANAK MUDA KURANG HORMAT LAGU NEGARAKU
KUALA LUMPUR - Sikap hormat terhadap lagu kebangsaan dalam kalangan
generasi muda dilihat kian luntur, kata Isteri Perdana Menteri, Datin
Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata, anak-anak muda kurang menghayati serta menghormati lagu Negaraku mahupun lagu-lagu patriotik negara.
"Saya sering melihat generasi muda kita apabila berkumandang lagu
Negaraku khasnya, mereka tidak hirau dan terus berbual dan ada yang
terus berjalan tanpa sekelumit rasa malu sedangkan orang lain berdiri
tegak menghormati lagi kebangsaan.
"Kelihatan juga yang teragak-agak untuk bangun berdiri. Perlu
diingatkan bahawa lagu Negaraku adalah lagu kebangsaan. Lagu yang
menjadi milik setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama mahupun
fahaman politik.
"Sepatutnya setiap rakyat Malaysia bangga untuk berdiri menghormati
lagi kebangsaan,"katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah
dan Perasmian Penutup Program Malaysia Dihatiku, di sini, hari ini.
Program anjuran Kelab Generasi Ilmu 1Malaysia (KGl1M) mempertandingkan
dua kategori iaitu Foto Kreatif bertemakan #SaluteMalaysiaDiHatiku dan
Pertandingan Mengarang Esei Kemerdekaan 1Malaysia bersempena sambutan
Hari Kebangsaan ke59.
Seramai 12 pemenang diumumkan termasuk tiga kategori bagi Pertandingan Mengarang Esei Kemerdekaan 1Malaysia.
Sikap leka pelajar ketika menyanyikan lagu negaraku
Anak-anak perlu dididik dari kecil untuk menghormati dan mrnghargai lagu negaraku dan negara kita bak kata peribahasa, " melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Rujukan: http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/anak-muda-kurang-hormat-lagu-negaraku-1.569644